Printer
Friendly Copy Download
This Document
Falsafah Pengakap Malaysia
The Malaysian Scouts Philosophy
PERGERAKAN PENGAKAP mempunyai tujuan untuk memberi latihan
kepimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-Undang Pengakap ke
arah mencapai nilai murni dan mengiratkan Persaudaraan Pengakap
Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta
bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
USAHA dan amalan demikian adalah untuk memperkukuhkan disiplin dan
akhlak diri, membentuk sifat bersopan-santun, berbudi bahasa, serta
bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat,
untuk menuju ke matlamat akhir Pergerakan supaya menjadi warga yang
berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Pentadbiran Peringkat Negeri
Organizational Chart (State Level)
Diketuai oleh seorang yang berjawatan sebagai Pesuruhjaya Pengakap
Negeri.
Ia dibantu oleh beberapa orang yang dilantik untuk menjawat jawatan
sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Jumlah Penolong
Pesuruhjaya Pengakap Negeri adalah bergantung kepada keperluan
semasa Pesuruhjaya Pengakap Negeri berkenaan.
Berikut ialah senarai negeri yang bergabung dengan Persekutuan
Pengakap Malaysia;
1.Perlis. 2. Kedah. 3.Pulau Pinang. 4. Perak. 5. Selangor. 6.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 7.Negeri Sembilan. 8. Melaka.9.
Johor.10. Pahang. 11. Terengganu. 12. Kelantan. 13. Sarawak. 14.
Sabah. 15. Wilayah Persekutuan Labuan. 16. Kumpulan Latihan
Malaysia. (KLM ) 17. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia. (KLKM)
|