| . |
| Falsafah Pengakap Malaysia The Malaysian Scouts Philosophy PERGERAKAN PENGAKAP mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengiratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. USAHA dan amalan demikian adalah untuk memperkukuhkan disiplin dan akhlak diri, membentuk sifat bersopan-santun, berbudi bahasa, serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat, untuk menuju ke matlamat akhir Pergerakan supaya menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Pentadbiran Peringkat Negeri Organizational Chart (State Level) Diketuai oleh seorang yang berjawatan sebagai Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Ia dibantu oleh beberapa orang yang dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Jumlah Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri adalah bergantung kepada keperluan semasa Pesuruhjaya Pengakap Negeri berkenaan. Berikut ialah senarai negeri yang bergabung dengan Persekutuan Pengakap Malaysia; 1.Perlis. 2. Kedah. 3.Pulau Pinang. 4. Perak. 5. Selangor. 6. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 7.Negeri Sembilan. 8. Melaka.9. Johor.10. Pahang. 11. Terengganu. 12. Kelantan. 13. Sarawak. 14. Sabah. 15. Wilayah Persekutuan Labuan. 16. Kumpulan Latihan Malaysia. (KLM ) 17. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia. (KLKM)
|
| < Back to Previous Page |