Printer
Friendly Copy Download
This Document
Translate into English
Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya,
Saya berjanji dan bersetia,
Yang saya dengan sedaya upaya.
Saya akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa dan; Menurut Undang-undang
Pengakap
Undang-Undang Pengakap
| 1. |
Dipercayai |
Kehormatan Diri Seorang Pengakap Itu Boleh Dipercayai Untuk
Menjalankan Tugas-Tugas Yang Diberikanya Dengan Sehabis Daya-
Upayanya. |
| 2. |
Taat |
Pengakap Adalah Seorang Yang Taat Kepada Tuhan, Raja, Negara,
Pemimpin-Pemimpin Pengakap, Ibu Bapa, Majikan Dan Orang-Orang
Di Bawahnya. |
| 3. |
Berguna |
Tugas Seorang Pengakap Ialah Menjadikan Dirinya Berguna Dan
Menolong Orang Pada Setiap Masa |
| 4. |
Bersaudara |
Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Orang Dan Saudara
Kepada Lain-Lain Pengakap, Tidak Kira Dari Apa Negara, Bangsa,
Pangkat Atau Agama Sekalipun. |
| 5. |
Berbudi |
Pengakap Adalah Seorang Yang Baik Budi Pekertinya Yakni Dia
Hormat Kepada Semua Orang Terutamanya Orang Perempuan,
Kanak-Kanak, Orang Tua, Orang Sakit, Orang Cacat Dan
Sebagainya. |
| 6. |
Kasihkan binatang |
Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Binatang Iaitu
Kasihkannya Serta Menyelamatkan Binatang Daripada Menderita
Kesakitan Dan Jangan Membunuhnya Tanpa Sebab Kecuali Binatang
Yang Merbahaya. |
| 7. |
Menurut perintah |
Pengakap Menurut Perintah Ibu Bapa, Ketua Patrol Atau
Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya Tanpa Sebarang Bantahan Walaupun
Menerima Perintah Yang Tidak Disukainya. |
| 8. |
Tabah hati |
Pengakap Mestilah Sentiasa Senang Hatinya Dan Bersabar
Selalu Walaupun Dalam Kesusahan. |
| 9. |
Berjimat |
Pengakap Mestilah Sentiasa Berjimat Cermat Dalam Semua Hal
Perbelanjaannya. |
| 10. |
Suci fikiran, perkataan dan perbuatan |
Pengakap Sentiasa Bersih Fikiran, Perkataanya Dan
Perbuatannya Dari Melakukan Perkara-Perkara Yang Kotor Dan
Tidak Mengalah Kepada Nafsu Untuk Bercakap, Berfikir Atau
Berbuat Sesuatu Yang Keji. |
|

|
Hormat
pengakap diberikan selepas penerimaan hadiah kurniaan dan
istiadat mengibarkan bendera. Dalam keadaan sedia, angkat
tangan kanan ke penjuru kening. Tiga jari ini bermaksud tiga
perkara penting dalam persetiaan pengakap, iaitu: Taat kepada
tuhan, raja dan negara Menolong orang pada setiap masa Menurut
undang-undang pengakap Semua pengakap di dunia memberi hormat
tiga jari seperti rajah di sebelah.
|
|