Scouting Resources
Guides & Information
Features Archive
Multimedia Gallery
Download Center

 
News Item:

Check E-mail :: Graffiti Wall :: Help


Home > Online Library > Scouting Resources > The History of Scouting in Malaysia

Printer Friendly Copy Download This Document Translate into English

Sejarah Pengakap Malaysia (Bahasa Malaysia version)

Kegiatan pengakap bermula di pantai barat Malaysia dalam tahun 1910, dua tahun selepas ianya dimulakan di Great Britain. Dipercayai bahawa ianya dimulakan di Pulau Pinang tahun 1908, Selangor pula bermula pada tahun 1909 tetapi tidak bergerak cergas.

Pengakap pertama mengandungi 30 orang ditubuhkan di Singapura tahun 1910 oleh Tuan F.C Sands (Jaguh Pengakap terkenal di Nottingham dan seorang pendidik).

Perkembangan ke negeri-negeri lain di Malaysia bermula tahun 1912 di Pahang, 1913 Sabah, 1915 Pulau Pinang dan Sarawak, 1920 Perak, 1922 Kedah dan Perlis, 1925 Melaka dan Negeri Sembilan, 1926 Selangor dan Terengganu, 1927 Kelantan, 1928 Johor, yang kesemuanya berjumlah lebih 85,000 orang.

Cawangan Persekutuan Budak-budak Pengakap Great Britain di kenali sebagai Persekutuan Budak-budak Pengakap di kawasan Malaya termasuk Singapura dengan setiap negeri sebagai satu Daerah Pengakap. Sabah dan Sarawak menjadi ahli cawangan Great Britain.

Selepas Perang Dunia Ke 2, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menjadi dua cawangan yang berasingan daripada Great Britain. Setiap satunya mempunyai Persekutuan Negeri yang dibahagi kepada beberapa Daerah Pengakap yang mempunyai Persekutuan-Persekutuan Tempatan yang dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu. Ianya menjadi badan bebas yang menjadi ahli Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957.

Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1963, namanya telah bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan keahliannya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap Singapura berhenti menjadi cawangan Persekutuan Pengakap Malaysia.

Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Jnuari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja PPM.


Rumah BP di Kuala Lumpur